Semalam 38 orang pelajar form 5 SEMESTI pergi membuat lawatan jalinan ke Jabatan Fizik Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. Nak ucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Fiziknya dan terima kasih sangat2 kat Dr Rosly sbb layan kami dan memberi maklumat yang banyak kepada pelajar SEMESTI.. Tengok bahan-bahan eksperimen yang jabatan fizik ni cipta dengan kerjasama 4 orang pelajar Masternya.. kelihatan terlalu mudah tetapi boleh membuktikan banyak konsep2 fizik dalam sukatan fizik tingkatan 4 dan 5 dan pelajar dapat mengaplikasikan konsep2 tersebut dalam kehidupan seharian.
Harap2 dapat membantu pelajar SEMESTI terutamanya ketika menjawab kertas 3 subjek Fizik.


