Isnin, 4 Oktober 2021

PDPR SECARA ONLINE MURID TINGKATAN 5 KELAS CIKGU AYA SEMESTI (ULANGKAJI)

Cikgu Aya kendali pelajar tingkatan 5 adalah berbentuk ulangkaji untuk penyediaan PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM yang akan diadakan sekitar bulan November secara online (PKP 2021). Cikgu Aya menggunakan youtube cikgu aya sendiri dan telegram. 

 https://www.youtube.com/channel/UCI9MdL-7DFhRzo6tnIOhNSA?view_as=subscriber

Cikgu Aya akan beri tugasan seperti ini kepada pelajar menggunakan group telegram kelas. 

Gabungan/combination 5 okt 2021 Selasa
Soalan 1,2,3,4,5,6,7,8,9

Hantar ikut masa yg ditetapkan sebelum 12.00 mlm bagi yg tak de kelas dgn Cikgu Aya esok.
Pastikan semua hantar tugasan💪💪

SELASA 5 okt 2021

5IR - GM jam 10.45 - 11.15 pagi
5IK - GM jam 12.30 - 1.00 ptg

Semua mesti masuk GM tepat pada masa yg ditetapkan..

 

https://youtu.be/USJAuWTb3jY 



GOOD LUCK SPM 2021 UNTUK SEMUA MURID SEMESTI.

TEMPAT-TEMPAT YANG BOLEH DI LAWATI DI DAERAH BAGAN DATUK PERAK

Cuti hujung minggu PKP ni, Cikgu Aya melawat ke daerah Bagan Datuk. Cikgu Aya bertolak dari rumah sekitar jam 8.00 pagi dan sampai di Sun Flower Garden Bagan Datuk sekitar jam 9.00 pagi. Kira nya Cikgu Aya adalah orang yang paling awal sampai ke tempat tu.. perkara pertama yang perlu dibuat adalah gi kaunter dan bayar RM13 per head dan selepas itu boleh masuk ke kawasan bunga matahari tu.. mula-mula cikgu aya bagi makan ikan dulu. Banyak betul ikan tu.. melompat2 ikan tu bila dibagi makan. harap ikan-ikan tu berdoa atas kesejahteraan Cikgu Aya sekeluarga.. aminnn... 

Lepas tu, cikgu aya merayap-rayap sekitar bunga matahari, dan mengambil gambar di tempat-tempat yang sesuai dan melalui atas titi yang dibina merentasi kolam besar yang di penuhi ikan-ikan. Kelihatan juga beberapa ekor itik yang berenang-renang happy.. Cikgu Aya berada di kawasan Sun flower Garden tu, sekitar 2 jam sambil terapi minda. Cikgu Aya berminat tempat-tempat seperti ini.

Sebelum Cikgu Aya balik dari sun flower garden tu, Cikgu Aya membeli ais kerim yang dijual di situ. Sedap ais kerim nya. Boleh rasa jika pergi ke tempat tu.

Cikgu Aya meneruskan perjalanan Cikgu Aya ke Jeti Bagan Datuk untuk melihat muara di situ. Sepanjang perjalanan itu, cikgu aya berterapi minda melihat pokok-pokok yang kesemua nya menenangkan fikiran.Dalam perjalanan itu, boleh juga jika kita nak pergi ke Beting Beras Basah. boleh google "BETING BERAS BASAH" tersebut. Disitu ada jeti untuk melihat-lihat air laut yang kebiruan yang pada cikgu aya sesuai untuk ber terapi minda. Boleh mengambil gambar berlatar belakangkan paya, laut dan bangunan bersejarah.

Selepas itu, Cikgu Aya meneruskan perjalanan ke Jeti Bagan Datuk. Waktu petang kawasan jeti Bagan Datuk itu, ramai orang bersiar-siar terapai minda sambil melihat muara sungai dan laut dan untuk kanak2 disediakan juga kereta mainan yang boleh mereka bermain. Cikgu aya biasanya akan ke replika kapal dan mengambil gambar kenang-kenangan. Cikgu aya juga akan ber terapi minda dengan melihat muara sungai yang luas yang membantu menenangkan fikiran.

Biasanya, selepas melawat 3 tempat itu, Cikgu Aya ambik kesempatan untuk menikmati kari kepala ikan Manaf yang terkenal di Bagan Datuk sambil makan roti canai. Ramai orang memuji ke enakan kepala kari ikan Manaf tu.. boleh cuba rasa jika dah sampai ke Bagan Datuk. 










 

Itu sahaja info yang Cikgu Aya nak share kan.. harap bermanfaat.. Jika ingin ke Bagan Datuk, kita boleh melawat SUN FLOWER GARDEN, BETING BERAS BASAH, JETI BAGAN DATUK, DAN MAKAN KARI KEPALA IKAN MANAF.....selamat melancung..

Ahad, 3 Oktober 2021

NASIHAT CIKGU AYA KEPADA ANAK ANGKAT CIKGU AYA.

Sorang-sorang cikgu Aya dok tepi laut muara Bagan Datuk tu.. sambil pikir kan salah sorang anak angkat Cikgu Aya yang terlalu sensitif dan cepat kecil hati bersama adik beradiknya. Dia buat keputusan untuk tinggal dengan kawannya buat sementara waktu. Cikgu Aya pun cuba menasihatinya. Ni ayat cikgu aya.. Cikgu Aya orang matematik.. orang nombor.. tapi berjaya gak la, cikgu aya menulis ayat dan hantar kat whataps untuk dia baca. okey kan ayat cikgu aya ni.. cikgu aya yang tersentuh hati.. heheh..


"Assalamualaikum akak ♥️♥️
Maaf ganggu🙏🙏
pagi ni, cikgu Aya terasa nak menulis sedikit coretan khas utk akak😔😔
Harap akak baca ye..♥️♥️

adik beradik seislam penting dlm sebuah kehidupan.. sepatut nya tempat kita kongsi masalah, tempat kita bertukar2 fikiran demi utk hidupkan kasih sayang dlm institusi keluarga♥️♥️

mcm biasa lah.. sekali sekala ade perselisihan faham antara adik beradik.. anggap itu semua perkara biasa dan cuba bertolak ansur.. nama pun adik beradik seislam.. “air dicincang tak kan putus”.. kita keluar dari perut emak yg sama.. ambik yg positif je… perlu bertolak ansur dan berkasih sayang😭😭

andainya kita kehilangan salah seorg dari adik beradik kita, akan rasa kesedihan yg teramat sgt.. teringat waktu susah senang semasa kita kecil.. akak pun tau kan dah rasa pun.. mcm mana Allah uji akak semasa Allah ambik mak kesayangan akak😭😭.. dan.. kalo Allah ambik salah sorang dari adik beradik akak pulak.. mcm mana🥺🥺..

Allah belum uji lagi akak dgn kawan yg akak anggap utk sehidup semati lagi.. andainya Allah uji berlakunya perselisihan faham antara akak dgn kawan akak tu.. 🤔🤔.. mcm mana pertimbangan yg akak nak buat.. akak pun tau.. kawan akak tu bukan darah daging akak pun.. hanya saudara seislam shj.. kita hidup kat dunia ni sementara je.. tak lama pun.. 😔😔

Balik la ke rumah.. berusaha ujudkan rasa kasih sayang terhdp adik beradik.. akak kan org islam.. ingat tu… kita semua hidup hanya sementara shj di dunia ni.. semua nya hanya pinjaman.. tak terlepas dari ujian Allah🥺🥺


ok lah akak😘😘
saya mintak maaf atas tindakan2 yg saya buat tanpa pengetahuan akak.. tujuan asal saya hanya lah utk membantu.. tak lebih dari tu..
Jumpa lagi dilain coretan, andai nyer Allah izinkan.. mohon akak pikir sikit ye♥️♥️🥺🥺🥺"

amacam.. boleh la kan ayat orang matematik ni.. insyaallah, jika ada kesempatan, cikgu aya akan menulis lagi.. emosi dipengaruhi oleh lagu-lagu dari siaran klasik nasional.. lagu orang lama.. heheh

 

cikgu aya pun seorang yang sensitif dan mudah terasa. cikgu aya lebih suka bersendirian sambil tunggu giliran.. mudah2an Allah merahmati cikgu aya sehingga pengakhiran idup cikgu aya.. amiinnnn...


Khamis, 23 September 2021

CIKGU AYA BER TERAPI MINDA DI PANTAI DIHUJUNG MINGGU

Cikgu Aya seorang yang suka menyendiri. Biasanya cikgu aya akan ke tempat-tempat yang agak sunyi seperti di tepi pantai atau melihat pokok-pokok yang menghijau yang pada cikgu aya boleh menenangkan fikiran.dengan kata lain TERAPI MINDA.

Cikgu Aya seorang yang agak komited apabila membuat kerja. Biasanya cikgu aya datang ke sekolah sekitar jam 5.45 pagi (tumb print) dan terus ke opis cikgu aya dihadapan Koperasi Sekolah. Kebanyakkan masa, cikgu aya solat subuh di Koperasi Sekolah. Selesai sahaja solat subuh, cikgu aya akan menguruskan koperasi samada membuat tempahan barang-barang yang telah habis secara whatapps kepada pembekal dan menyusun invoice dalam fail. Cikgu aya juga akan memastikan duit syiling dan tukaran wang ringgit mencukupi untuk urusniaga di kaunter. Koperasi SEMESTI juga banyak menggunakan kad mydebit. Hampir separuh murid di SEMESTI mempunyai kad my debit. Kelebihan kad mydebit adalah menggurangkan penggunaan wang syiling.

Setelah selesai cikgu aya menguruskan persiapan koperasi, Cikgu Aya beralih kepada membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan subjek cikgu aya iaitu subjek MATEMATIK TAMBAHAN. Cikgu aya selalu Guru Cemerlang Matematik Tambahan, banyak melibatkan diri di peringkat SEKOLAH, PPD BAGAN DATUK, JPN PERAK dan SBP. Cikgu Aya selalu membuat kerja menggunakan laptop. Mata kita akan bertumpu kepada laptop seharian dan seterusnya berhari-hari. Lama kelamaan, mata kita akan penat. Bila mata penat, fikiran kita juga penat. Sekali sekala akan mengganggu emosi kita.. dan terasa kurang sabar apabila ada masalah. Oleh itu, setiap minggu..seboleh mungkin, cikgu aya akan mencari sesuatu tempat untuk Cikgu Aya ber TERAPI MINDA.

Cikgu aya akan merenung ke laut memerhatikan objek-objek yang lalu lalang atau lautan. Sekurang-kurangnya, cikgu aya akan ambil masa untuk melupakan apa yang berlaku di sekolah dan dirumah. Apabila penat, cikgu aya akan masuk ke bilik hotel yang berhampiran dengan pantai tersebut. Disebelah petang, cikgu aya akan sekali lagi ke pantai untuk melihat-melihat ke arah lautan yang luas terbentang. Lapang rasa nya minda cikgu aya ni. TERAPI MINDA.

Sesiapa yang sifat perangainya macam cikgu aya, boleh la cuba rasa dan ikut macam mana cikgu aya buat.. seyes, minda akan jadi lapang.. pendek cerita.. JOM KITA BER TERAPI MINDA..





 

Khamis, 16 September 2021

TAJUK-TAJUK SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 MULAI 2021

Cikgu Aya ingin kongsikan tajuk-tajuk subjek matematik tambahan / additional mathematics KSSM format terkini bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5. Untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin merujuk dengan mudah. 

Tingkatan 4 terdiri dari 10 tajuk seperti dalam poster dibawah manakala form 5 hanya terdiri dari 8 tajuk sahaja. Bilangan kesemua tajuk-tajuk adalah 18 tajuk. Dipelajari dalam masa 2 tahun. 

Jika ada sesiapa yang ingin nak study semua topik-topik itu sendiri, Cikgu Aya telah menyediakan channel youtube yang mengandungi semua tajuk-tajuk tersebut. Diharap membantu semua yang memerlukan.

https://www.youtube.com/channel/UCI9MdL-7DFhRzo6tnIOhNSA?view_as=subscriber

 



GOOD LUCK SEMUA UNTUK SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN.

CHANNEL YOUTUBE CIKGU ROHAYA MORAT SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN

Cikgu Aya ada channel youtube sendiri. Tujuan asal cuma nak mudah mengajar semasa musim PdPR sahaja. Cikgu Aya mula buat youtube ini sekitar bulan Mac 2020 semasa PKP. Ketika itu, semua orang di Malaysia tidak boleh keluar dari rumah. Cikgu Aya ambik kesempatan untuk buat video-video ini untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini murid boleh ulang ulangkan jika mereka tidak faham. Video ini cikgu aya sediakan mengikut subtopik. Sebagai contoh : Tajuk Pembezaan dan Trigonometri ini. Cikgu Aya dah susun mengikut subtopik dari mula perkenalkan tajuk ini hingga lah subtopik akhir. Cikgu aya juga sertakan soalan-soalan latihan yang banyak supaya murid boleh buat banyak bentuk soalan dan latihan. Semua murid boleh study bila-bila masa sahaja. 

https://www.youtube.com/channel/UCI9MdL-7DFhRzo6tnIOhNSA?view_as=subscriber 

Pelajar yang dah masuk kursus-kursus lain pun boleh belajar matematik menggunakan youtube Cikgu Aya ini. Jika pelajar dah masuk matrikulasi, dan ingin mengulangkaji asas-asas matematik boleh menggunakan youtube cikgu aya ini.


Dalam channel youtube cikgu aya ni, ada semua topik-topik tingkatan 4 dan tingkatan 5 matematik tambahan mengikut format yang terkini. format KSSM. Jika suatu hari nanti, murid yang keluar dari sekolah menyertai permainan atau aktiviti sekolah, mereka juga boleh membuat latihan yang murid lain belajar di sekolah. Guru akan beritahu murid merujuk video tertentu tugasan yang perlu dibuat. Pendek cerita, murid boleh belajar walaupun mereka berada dimana-mana sahaja.


Channel Youtube Cikgu aya juga menyediakan penyelesaian bagi soalan-soalan SPM 2018, SPM 2019 dan Cikgu aya merancang untuk menyediakankan soalan-soalan SPM 2017 untuk dijadikan sebagai latihan murid.

Cikgu aya juga menyediakan soalan-soalan latihan yang berbentuk format KSSM kertas 1 dan kertas 2 untuk latihan kepada murid bermula SPM tahun 2021.Soalan-soalan terdiri dari soalan aras mudah, aras sederhana dan aras tinggi. Juga cikgu aya selitkan soalan-soalan non rutin dan soalan KBAT.

Diharap channel youtube cikgu aya ini membantu murid atau pelajar atau siapa sahaja yang memerlukan bantuan untuk asas-asas matematik, insyaallah.. Good Luck semua


Selasa, 14 September 2021

Bercuti sekolah musim covid bagi yang dah vaksin dose ke dua

Cuti sekolah 11-19 sept 2021.. Cikgu Aya bersama anak perempuan cikgu aya yang berkerja sebagai penolong juruaudit di suruhan jaya koperasi malaysia cawangan hilir perak ambik kesempatan keluar dari rumah merayap-rayap ke Ipoh. Cikgu Aya ambik hotel sympony suites tepi jalan tu.. kami berdua telah pun mempunyai sijil mysejahtera (vaksin 2 dose).. cikgu aya suka hotel tu, sebab parking nya banyak, masakan nya sedap dan biliknya ada 2 bilik air, ada ruang tamu, ada singki dan bagi Cikgu Aya selesa dengan harga yang berpatutan. Cikgu Aya bertolak pada hari sabtu dan balik hari isnin. Petang sabtu, cikgu aya keluar bersama mantan anak murid cikgu aya Ridhuan Ketua Umum SEMESTI SPM 2005. Ridhuannya berkelulusan mechanical engineering di UTP.. tapi memilih untuk berkerja sendiri dalam bidang bisnes. Dia buat bisnes cakes.. nama kedainya Ipohcakes. Ridhuan ni, cipta apps sendiri untuk memasarkan cakesnya.. dia ada ada 3 cawangan yang telah beroperasi dan 2 lagi dalam proses buka cawangan baru. sambil bawa Cikgu Aya jalan-jalan, abg Ridhuan ni, belanja starbuck kan Jelapang SQ.. Cikgu Aya terasa bangga apabila ada anak murid yang berani membuka bisnes seperti itu.. Tahniah.. Ridhuan hantar cikgu aya ke hotel semua sekitar jam 7.45 malam.











 

Cikgu Aya naik bilik dan order makanan nasi goreng symphony dan mee goring secara room servis. Cikgu Aya masih tak berani nak makan di kedai makan diluar. sebab kes baharu di Perak sekitar 1014 kes. Cikgu Aya takut kan variant delta seperti yang banyak diperkatakan orang. Cikgu Aya perlu berhati-hati.

Esok paginya, Cikgu aya sarapan pagi di Hotel Symphony dan selepas sarapan, cikgu aya terapi minda ke Taman Tasik Taiping. Cikgu Aya ikut jalan Highway Ipoh - Taiping Utara (Kamunting). Terasa lapang minda apabila melihat pokok2 yang menghijau di tepi h/way. Cikgu aya ambil kesempatan singgah di R&R Bukit Gantang untuk ke tandas dan membeli sedikit makanan semasa berehat-rehat di taman tasik nanti.  Keluar je dari tol Kamunting, cikgu aya berhenti di sekatan jalan raya.. terus cikgu aya tunjuk kertas yang cikgu aya dah photostat mysejahtera kepada pakcik polis tu.. Cikgu aya kata kan.. cikgu aya nak jalan-jalan di taman tasik. pakcik polis lepaskan.. sampai je di taman tasik.. pikiran cikgu aya terasa lapang bila melihat tasik yang tenang airnya.. cikgu aya lupa akan kerja-kerja yang cikgu aya selalu buat di sekolah dan cikgu aya melihat ramai orang berjalan-jalan kaki dan ada yang naik basikal pusing taman tasik tersebut. Kelihatan juga orang bentang tikar berkelah di tepi tasik tersebut dengan membawa anak kecil. mungkin orang itu tinggal berhampiran dengan taman tasik. Cikgu aya berfikiran positif.. sekitar 2 hingga 3 jam, cikgu aya lepak di tasik itu.. maka cikgu aya mula bergerak untuk beransur-ansur balik meninggalkan tasik itu.

Tengahari, cikgu Aya balik ke Hotel di Ipoh melalui H/way yang sama. Cikgu aya merancang untuk ke Nagoya menaiki grab. tapi tak berjaya. grab hanya menerima seorang sahaja penumpang. Cikgu Aya tak berapa berani untuk  ke Nagoya menaiki kereta sendiri. Lebih mudah dengan menaiki grab sahaja. Sekurang2nya, boleh gak Cikgu Aya bersedekah dengan pemandu grab itu. Tapi akhirnya tak de rezeki nak keluar. mungkin lain kali.

Kebetulan hari hujan.. maka cikgu aya membuat keputusan untuk berada di bilik sahaja sambil buka quran dan ambil kesempatan tidur.. bangun dari tidur cikgu aya terasa minda lapang sambil memerhati view diluar tingkap.. macam-macam yang cikgu aya pikir. pikir tentang subjek addmaths cikgu aya, pikir tentang koperasi semesti, pikir tentang anak-anak cikgu aya.. pikir tentang kehidupan dihujung-hujung usia.. pikir tentang masa cikgu aya kecil dulu.. dan macam-macam yang cikgu aya pikir.

Sekitar jam 8.00 malam, anak Cikgu aya Ecah order makanan menggunakan khidmat foodpanda untuk makan malam dan makan bila kami berdua lapar. Bila foodpanda hantar je makanan di hotel itu, cikgu aya akan bagi sedekah RM5 kpd setiap orang. sekurang2nya mungkin membuatkan rider foodpanda tu, happy dan mendoakan kesejahteraan kami.. insyaallah..

Esok, paginya..seperti biasa Cikgu aya bersarapan pagi di hotel sympony.. naik ke bilik untuk lepak sekejap dan mengemas bilik untuk check out.. sebelum itu, Ecah order makanan kesukaannya dari Aeon guna foodpanda sebelum balik keluar dari hotel. 

Keluar je dari Hotel, cikgu aya terus ke Slim River.. Jumpa mantan anak murid cikgu aya Dr Harina alumni SPM 2008 yang berkerja sebagai seorang doktor. Doktor Harina sebelum itu, berkerja di Hospital Teluk Intan sebagai HO dan berpindah di Slim River berkerja diklinik berhampiran dengan rumahnya. kami makan tengahari di Secret Recipe di Slim River sambil sembang panjang. Terima kasih kepada Doktor Harina sbab belanja kami makan. Jasa mu dikenang.

Selepas itu, kami balik ke Hutan Melintang untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.. alhamdulillah selesai terapi minda yang pertama. skrgnya sedang plan untuk bercuti lagi sementara cuti sekolah masih ada. tunggu seterusnya. heheh..

Jumaat, 10 September 2021

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (LPM) RUMUS-RUMUS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM MULAI 2021

SUBJEK : MATEMATIK TAMBAHAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2

Rumus-rumus yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk KSSM ini telah berkurang kepada 24 sahaja daripada 52 rumus semasa KBSM. Murid perlu mengingat lebih banyak rumus berbanding dengan KBSM. Ape pun, jika kita buat banyak latihan, maka secara spontan, kita akan teringat dan terhafal rumus-rumus yang akan digunakan dalam menyelesaikan soalan. Segelintir calon, ada yang menyalin rumus yang diberi pun membuat kesilapan. Calon perlu berhati-hati semasa menjawab soalan. Perlu tenang semasa menjawab supaya tidak tersilap salin ke kertas jawapan.

Secara umumnya, calon perlu menggunakan sebaik mungkin rumus-rumus yang diberi dalam kertas jawapan. Rumus-rumus yang diberi pun tidak diberitahu tajuk-tajuk yang terlibat. Calon perlu tahu rumus-rumus yang diberi itu, dibawah tajuk apa. Ada 18 tajuk ke semuanya dalam subjek Matematik Tambahan. Good Luck kepada semua murid yang ambil subjek Matematik Tambahan di peringkat SPM. Semoga semua dapat result yang memberangsangkan untuk meneruskan pembelajaran selepas SPM.


Khamis, 9 September 2021

SHOPEE KOPERASI SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN PERAK (KOPSEMESTI) 2021 PASCA COVID PKP

Cikgu Aya bendahari Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Berhad. Cuti PKP ni, murid tak ada di sekolah. Cikgu Aya cuba menggunakan shopee untuk menambahkan pendapatan koperasi. Cikgu Aya letak semua barang-barang yang ada dijual di koperasi dalam sistem shopee. Ada gak ibu bapa yang membeli buku-buku tulis, buku graf untuk subjek matematik atau test pad sekolah untuk kegunaan PdPR. Ada juga ibubapa yang membeli keperluan sekolah anak nya seperti cadar, selimut dan lain-lain. Sebulan dapat la sekitar jualan sekitar RM1500. Bagi Cikgu Aya, jadi la dari tak de langsung. sekurang-kurangnya boleh gak bayar bil letrik dan bayar gaji staff yang BDR. 

Selain dari itu, pemberian saguhati atau hadiah-hadiah kepada murid boleh diberi kepada murid dengan mudah menggunakan shopee koperasi seperti hadiah untuk top 10 peperiksaan pertengahan tahun yang dibuat secara online. dan guru-guru juga boleh menggunakan shopee untuk memberikan hadiah-hadiah kepada murid masing-masing dengan cara yang mudah.

Kepada murid-murid B40, Koperasi SEMESTI akan menggunakan wang zakat koperasi untuk memberi buku-buku atau keperluan pembelajaran murid asnaf.


 

https://shopee.com.my/kopsemesti?v=d41&smtt=0.0.3

     







W/pun sekolah tidak dibuka, jualan masih boleh dijalankan walaupun tidak banyak. Cikgu Aya minta murid membuat promosi jualan secara tik tok untuk di sebarkan di group batch setiap tingkatan.

Cikgu Aya akan melihat shopee ni, setiap hari dan ketika. Jika ada sahaja pesanan yang diterima, segera Cikgu Aya akan membuat packing dan terus hantar ke J&T. Setakat ini, kebanyakkan barang-barang yang dipesan, akan sampai kepada tuan punya yang order tu selewat2nya 2 hari.

Mudah-mudahan Koperasi SEMESTI dapat membantu memudahkan urusan sesiapa yang memerlukan berurusan berkaitan dengan keperluan murid yang belajar di asrama dan memudahkan alumni SEMESTI yang ingin mendapatkan barang-barang seperti tie clip atau lencana atau t shirt dan lain-lain.

 

KOPERASI SEMESTI MANAFAATKAN ANGGOTA DAN MASYARAKAT SETEMPAT 


KISAH CIKGU ROHAYA MORAT (CIKGU AYA) SERBA RINGKAS DI SMSTSP KANGAR PERLIS DAN DI KOLEJ MATRIKULASI UUM SINTOK

Selepas habis belajar di Universiti Malaya pada tahun 1989, Cikgu aya posting mengajar di SM Sains Tuanku Syed Putra Kangar Perlis. Sekolah Berasrama Penuh. Cikgu Aya tinggal di asrama sebagai pembantu warden. Ketika itu, semua guru-guru baru yang masuk ke SMSTSP dimestikan duduk di asrama sebagai pembantu warden. Cikgu Aya bantu warden dewan Makan ketika itu. Seronok dengan staff dewan makan yang ramah mesra. Ketika itu sekolah itu dikeliling oleh sawah padi. Waktu petang, Cikgu Aya selalu terapi minda di depan sekolah itu... melihat sawah padi yang menghijau dan melihat kelibat2 anak ikan yang sedang bermain di parit tepi sawah itu. Terasa happy pulak.. heheh..

Waktu itu Cikgu Aya mengajar subjek matematik peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (UUM). Ketika itu, kampus UUM masih belum siap lagi. Seronok gak ngajar pelajar yang dah dewasa ni. boleh sembang-sembang macam kawan-kawan sahaja. Cikgu Aya rasa seronok tinggal di Perlis ketika itu. Setiap hujung minggu Cikgu Aya kerap merayap ke Langkawi mencari pinggan mangkuk yang agak berjenama. Cikgu Aya pun tak pasti untuk apa cikgu aya minat untuk mengumpul pinggan mangkuk tersebut. Selain dari Langkawi, cikgu Aya kerap juga merayap ke Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Ada sahaja barang yang Cikgu Aya beli. Kadang kala Cikgu Aya berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan yang ada di Perlis dan Kedah untuk terapi minda. Zaman bujang ketika itu. Seronok. Banyak pengalaman yang Cikgu Aya dapat semasa mengajar di SMSTSP terutamanya menjadi guru pengiring camping di Langkawi dan sekitarnya. Ketika itu, camping bersama pelajar kerap dibuat di pantai tengah yang ketika itu sunyi sepi dan Langkawi belum membangun lagi.

Disember 1990, Cikgu Aya berpindah ke UUM Sintok (KMM SINTOK). Kampus Sintok dah siap dan boleh digunakan. Ketika itu, pengarah Kolej UUM itu adalah En Adziz Abas yang baru2 telah meninggal dunia (Alfatihah). Semua pelajar matrikulasi berpindah ke Kampus Sintok. Pelajar perempuan tinggal di Kolej Telekom dan ada satu kolej lagi.. cikgu aya lupa nama Kolej tu. Pelajar lelaki duduk di Kolej MISC yang bertentangan dengan Kolej Telekom. Di Kolej Telekom, Cikgu Aya menjadi fellow dan tinggal di salah sebuah rumah fellow di situ. Ketika itu, Cikgu Aya cuma mampu membeli kereta Toyota starlet lama. Kereta itu lah yang cikgu aya bawa ke hulu dan ke hilir termasuk balik kampung di Teluk Intan.

Pejabat Cikgu Aya di Fakulti Pengurusan untuk pelajar matrikulasi UUM dan cikgu Aya juga pernah menjadi tutor subjek matematik untuk pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat. Seronok gak ngajar pelajar degree ni.. mereka telah berumur dan ada yang lebih tua dari Cikgu Aya. Sebelah malam, pelajar degree ni, beramai-ramai minta bantuan cikgu aya mengajar matematik. Mereka suka cara cikgu Aya mengajar kerana, cikgu aya mengajar seperti murid yang berada di sekolah. Berbeza cara guru-guru di sekolah mengajar murid berbanding dengan pensyarah-pensyarah mengajar pelajarnya. Kebanyakkan pelajar ketika itu, telah pun pernah berkerja dan mereka menyambung pelajaran untuk mendapat ijazah dengan tujuan masing-masing. 

Oleh kerana bilangan pelajar Kolej Matrikulasi ketika itu melebihi 1000 orang, berbagai-bagailah cikgu aya sebagai warden asrama untuk menangani pelbagai masalah. Hampir setiap hari dan minggu, ada sahaja pelajar yang sakit yang perlu dihantar ke Hospital di Alor Setar Jalan Langgar. Terasa Hospital tu macam rumah ke dua pula.Tapi masa tu, cikgu Aya muda dan bertenaga dan seronok buat kerja-kerja kebajikan. Selain dari itu, ada je pelajar yang kematian ibubapa, adik beradik dll. Cikgu aya kerap ke Lapangan terbang Kepala Batas Kedah untuk menghantar pelajar tersebut untuk balik ke rumah.

Cikgu Aya mengajar di UUM sintok tak lama. Cikgu Aya berkahwin dan Cikgu Aya berpindah ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak sehingga ke hari ini. Itulah serba sedikit kisah Cikgu Aya semasa di SMTSP Perlis dan KMM Sintok Kedah. Banyak pengalaman yang ditimba. seronok..

Berhenti dulu cerita cikgu aya bahagian 1.. Selepas ini, sambung semula cerita Cikgu aya di SEMESTI pula dibahagian kedua heheh.. 



Rabu, 8 September 2021

KENAPA PILIH PROGRAM KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) ATAU KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA (KUPTM) KUALA LUMPUR IPTS & IPTA B40

Nak kongsi pengalaman je.. Saya Cikgu Rohaya. Melayu dan Bumiputra. Mempunyai anak 2 orang (bumiputra). Seorang Lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki saya mempunyai minat perkara-perkara yang berkaitan dengan IT manakala anak perempuan saya meminati perkara-perkara yang berkaitan dengan perakaunan. Selepas sahaja keluar keputusan SPM saya saya bimbing anak lelaki saya untuk menyambung pelajaran IT rangkaian di Politeknik Ungku Omar diperingkat Diploma. Bagi saya, zaman ini pelajar yang mempunyai diploma lebih mudah untuk mohon pasaran kerja. Anak perempuan saya, menyambung pelajaran di Politeknik Seberang Perai dalam bidang perakaunan. Selepas sahaja habis diploma masing-masing, anak lelaki saya sambung belajar di Kolej Polytech MARA (KPTM) IPTS Ipoh dalam bidang IT Multimedia di peringkat ijazah. Oleh kerana pendapatan kami (ibu dan Ayah) melepasi RM12k, MARA hanya membayar yuran pengajian sahaja tidak mendapat kos sara hidup. Bagi saya itu sudah memadai hingga selesai pembelajarannya. Anak perempuan saya, saya hantar ke UniKL (MARA) IPTS untuk menyambung ijazah perakaunannya. Setelah selesai degree mereka, yuran pengajajian anak saya sekitar RM60k dan saya cuma perlu bayar sekitar RM11k sahaja bergantung kepada keputusan peperiksaan manakala anak perempuan saya pun saya bayar sekitar RM8k sahaja. Seterusnya, anak lelaki saya menyambung pelajaran diperingkat MASTER di UITM Shah Alam dan sekarang telah pun graduat dan terus ditawarkan berkerja manakala anak perempuan saya juga menyambung pelajar diperingkat Master, tetapi berhenti belajar kerana telah mendapat tawaran kerja. 

Untuk golongan B40 banyak kemudahan yang pelajar boleh dapat. Pelajar boleh dapat kos sara hidup sebanyak RM630 (diploma) dan RM700 di kawasaan lembah kelang/johor/penang/sabah/sarawak manakala selain dari kawasan itu, elaun yang diberi RM535.50 sebulan untuk diploma dan RM595 untuk ijazah. Sekurang-kurangnya dapat membantu golongan B40 untuk menyambung pelajarannya. Bayaran balik bergantung kepada keputusan keseluruhan pelajar tersebut. Cikgu Aya saje je nak kongsi kan pengalaman anak yang menyambung pengajajian di IPTS (MARA). Bayaran balik tidak la banyak sangat seperti yang jika kita dengan cerita dari orang lain. Sekarang ini, anak-anak saya telah pun berkerja di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (perempuan) dan sorang lagi sebagai berkerja di Kolej Felcra Seberang Perak Kampung Gajah. Anak saya sebelum ini, pernah dapat tawaran belajar di Istitusi di Pahang dan Melaka. Saya tidak menerima tawaran tersebut disebabkan agak jauh dari rumah yang mungkin perbelanjaan pengurusan lebih mahal jika anak saya sambung belajar berhampiran dengan rumah saya w/pun IPTS. Jika ada sebarang kekeliruan, boleh hubungi saya di email : rohayamorat@yahoo.com. Insyaallah saya sedia membantu memberi info apa yang saya tau..

 



Ada banyak lagi kursus yang ada di KPTM dan KUPTM.. boleh buka website KPTM dan KUPTM.

KELAB KOPERASI SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN BERHAD MUSIM COVID PKP ONLINE

Saya Cikgu Rohaya binti Morat. Guru Penasihat Kelab Koperasi Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Berhad. Setiap 3 minggu sekali giliran untuk kelab dan persatuan. Tahun 2021 ni, Cikgu Aya dah handle 3 kali Kelab dan Persatuan. Kali pertama, Cikgu Aya buat kuiz Koperasi yang berkaitan dengan akta koperasi, prinsip-prinsip koperasi, undang-undang kecil koperasi dan lain-lain. Cikgu Aya menggunakan aplikasi Google Meet untuk sesi perjumpaan itu. Soalan-soalan diberi menggunakan slaid power point. Murid yang mendapat jawapan yang betul akan diberi goodies berupa sebuah buku kecil SEMESTI, collardot dan kad seperti yang ditunjukkan ini. Kali Kedua, Cikgu Aya membuat aktiviti : murid perlu menyediakan poster yang mengandungi logo koperasi, logo sekolah bertemakan mempromosikan koperasi SEMESTI. Semasa hari kejadian, murid ahli kelab akan membacakan pantunnya sendiri untuk mendapat markah yang lebih. Untuk kali ke dua, sempena bulan kemerdekaan, Cikgu Aya minta murid menyediakan poster yang mengandungi sajak kemerdekaan. Murid juga perlu mendeklamasi sendiri sajaknya untuk mendapatkan markah maksimum.



Harap perkongsian Cikgu Aya ni, bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan untuk kendalikan persatuan/kelab Koperasi sekolah.. Terima kasih.




Rabu, 28 Julai 2021

Kanggaroo Maths - Pengalaman manis Cikgu Aya ke Vilnius Lithuania dan Amsterdam.

Cikgu Aya pernah wakil Malaysia ke Vilnius Lithuania untuk menyelaras soalan Kanggaroo Maths Competition untuk Malaysia. Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan..





 

Ahad, 25 Julai 2021

KOLEKSI SOALAN FORMAT SPM 2021 MATEMATIK TAMBAHAN/ADDITIONAL MATHEMATICS PAPER 1 DAN PAPER 2 SET 1

Cikgu Aya buat contoh-contoh set soalan Format SPM KSSM... yang ini untuk latihan murid.. latihan untuk melatih murid study supaya bersemangat.. insyaallah..

SET 1 KERTAS 1 DAN KERTAS 2


 



 

KOLEKSI SOALAN FORMAT SPM KSSM 2021 MATEMATIK TAMBAHAN/ADDITIONAL MATHEMATICS

Cikgu Aya saje je buat contoh-contoh set soalan Format SPM KSSM. yang ini untuk latihan murid yang galus.. latihan untuk melatih murid study dgn bersemangat.. insyaallah..

SET 2 KERTAS 1 DAN KERTAS 2

 

 

                                                 https://youtu.be/H2ofpByr0js


Arkib Coretan

2011 KERTAS 2 (1) 2012 (1) 2013 (2) addmahts semesti (1) ADDMATHS SPM 2019 KERTAS 2 (1) ADDMATHS SPM 2021 (1) AIR MINUMAN SEMESTI (1) AKTIVITI CUTI SEKOLAH (1) AKTIVITI MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH HILIR PERAK (1) AKTIVITI PANITIA DAERAH HILIR PERAK (1) AKTIVITI PELAJAR TARGET SEMUA A (1) ALK Koperasi SEMESTI BHD (1) ALUMNI SEMESTI (2) ALUMNI SEMESTI ALAMANDA 2014 (1) AMC (3) Amterdam (1) ANALISA (1) ANALISA MATE TAMBAHAN SEMESTI (1) ANUGERAH WARDEN (1) APC (1) ASRAMA KU RUMAH KU (2) ASRAMA TERBUKA SEMESTI (2) AUSTRALIA (1) B40 KPTM (1) B40 KUPTM (1) Bahagian Pemasaran Kolej Felcra Seberang Perak (1) BANTUAN MANGSA BANJIR SEMESTI (1) BAS SEMESTI (2) BEAVER INFORMATICS COMPETITION (2) BERCUTI DI UK OGOS 2018 (1) BERCUTI MUSIM COVID (1) BETING BERAS BASAH (1) BUKU RUJUKAN RAHSIA MATEMATIK TAMBAHAN SPM (1) CENDERAHATI KOPERASI SEMESTI (1) CHANNEL YOUTUBE TOPIKAL MATEMATIK TAMBAHAN (1) Cikgu Abd Ghoni (1) cikgu aya (3) CIKGU AYA AJK PERKIM (1) CIKGU AYA BERSARA (1) CIKGU AYA DI KOLEJ FELCRA (1) cikgu rohaya (2) CIKGU ROHAYA MORAT (2) CIKGU ROHAYA MORAT DI SMSTSP & KOLEJ MATRIKULASI SINTOK (1) CIRI ITEM KBAT/HOTS (2) CLASS ONLINE ADDMATHS FORM 4 (1) CUTI SEKOLAH (1) CUTI SEKOLAH SEPT 2021 (1) CYBERCAFE (1) Daerah Hilir Perak (1) DEWAN MAKAN (1) DI DEWAN MAKAN SEMESTI 2013 (1) dip amalan halal (1) dip pendidikan awal kanak (1) dip pengurusan ladang uitm (1) dip pengurusan perniagaan (1) dip sumber manusia (1) EJEN BANK BSN (1) encyclopedia of additional mathematics (1) EXAM PPT FORM 4 FORMAT BARU (1) FINAL FORM 4 (2) FINAL FORM 4 2011 SOALAN KERTAS 2 (1) FINAL FORM 4 P1 MT 2013 SKEMA (1) FINAL FORM 4 P1 MT 2013 SOALAN (1) FINAL FORM 4 P1 MT 2014 SKEMA (1) FINAL FORM 4 P1 MT 2014 SOALAN (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2012 SKEMA (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2012 SOALAN (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2013 SKEMA (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2013 SOALAN (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2014 SKEMA (1) FINAL FORM 4 P2 MT 2014 SOALAN (1) FINAL FORM 4 SBP (1) FIRST POSTING KM UUM (1) FORMAT BARU MATEMATIK TAMBAHAN (1) FORMAT BARU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (1) FORMAT KSSM SPM 2021 SET 1 KERTAS 1 DAN KERTAS 2 (1) FORMAT KSSM SPM 2021 SET 2 KERTAS 1 DAN KERTAS 2 (1) FORMAT MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2021 (1) FORMULA SUBJEK ADDMATHS SPM KSSM. (1) ganjaran guru muda SEMESTI (1) GANJARAN LAWATAN KE LABUAN (1) GC MATEMATIK TAMBAHAN (1) GC52 MATEMATIK TAMBAHAN (1) GEOMETRI KOORDINAT (1) GURU CEMERLANG (1) GURU MATEMATIK TAMBAHAN (1) GURU MUDA (1) GURU MUDA SEMESTI (2) GURU MUDA SEMESTI 2015 (2) GURU-GURU (1) HADIAH GANJARAN (1) HADIAH MARKAH LOMPATAN SAUJANA (1) HADIAH MARKAH TERTINGGI (1) hari guru semesti (1) HARI RAYA (1) HIGH ORDER THINGKING SKILLS (1) HILIR PERAK 2013 (1) HOTS (4) HOTS MATEMATIK TAMBAHAN (1) ICAS (3) INDEX NUMBER ADDMATHS (1) INSPECTION PAGI (1) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (1) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PEP AWAL TAHUN FEB - MAC 2016 KERTAS 1 SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN (1) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PEP AWAL TAHUN FEB - MAC 2016 KERTAS 2 SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN (1) JALINAN (1) JALINAN SEMESTI DGN IPTA (UPSI) (1) JAMUAN MAKAN MALAM ASTI 2014 (1) JARINGAN (1) JAWAPAN KERTAS 1 TRIAL SBP 2014 (1) JETI BAGAN DATUK (1) JU Matematik Tambahan JPN Perak (1) Juru Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (1) kali ke 3 2013 (1) Kali Pertama Daerah Hilir Perak 2013 (1) KALKULATOR GRAFIK (1) KANGGAROO MATHS COMPETITION (2) KARI KEPALA IKAN MANAF (1) KBAT (3) KBAT CHANNEL YOUTUBE (1) KBAT MATEMATIK TAMBAHAN (1) KBAT PEMBEZAAN SKEMA (1) KBAT PEMBEZAAN SOALAN (1) KBAT PENGAMIRAN SKEMA (1) KBAT PENGAMIRAN SOALAN (1) KBAT TRIGONOMETRI SKEMA (1) KBAT TRIGONOMETRI SOALAN (1) KE JEPUN (1) KEBITARAAN MATEMATIK (1) KEDAI KEBAB DI VILNIUS LITHUANIA (2) Kelab Koperasi (1) KELAB KOPERASI MUSIM PKP COVID (1) KELAB KOPERASI ONLINE (1) KELAB PERSATUAN KOPERASI GOOGLE MEET (1) KELAS ONLINE FORM 4 ADDMATHS (1) KELAS RANCANGAN KHAS AGAMA (1) KELAS TAMBAHAN GURU MUDA (1) KELAS TAMBAHAN MATEMATIK TAMBAHAN (3) KELAS ULANGKAJI (1) KEM EASYADDMATHS (2) KEM EASYADDMATHS TING 5 2015 (1) KEM EASYADDMATHS LAPORAN (1) KEM MATEMATIK TAMBAHAN (2) KEM OLIMPIAD MATEMATIK KEBANGSAAN (1) KEM PLKN SEGARI (1) KEMAHIRAN ARAS TINGGI (2) KEPUTUSAN MAT TAMBAHAN (1) KEPUTUSAN MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTI SPM 2013 SBP (1) KEPUTUSAN MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTI SPM2013 (1) KERTAS 1 (1) KERTAS KERJA LAWATAN KELAB KOPERASI (1) KMC (2) kolaboratif SEMESTI & MTD (1) kolej felcra (3) kolej felcra bandar baru seberang perak (1) KOLEJ POLY-TECH MARA (1) KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA (1) KOPERASI RM1JUTA (1) koperasi sekolah menengah sains teluk intan (1) KOPERASI SEKOLAH TERBAIK (1) KOPERASI SEKOLAH TOP 10 (3) Koperasi SEMESTI (8) KOPERASI SEMESTI BHD (4) KOPERASI SM SAINS TELUK INTAN BHD (1) KOPERASI SMK KOTA KELANTAN (1) KOPSEMESTI (1) KUASAI MELALUI DIAGRAM MATEMATIK TAMBAHAN SPM (1) KUIZ MATEMATIK (2) KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN (2) KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH HILIR PERAK 2015 (1) KUMP RABBANI (1) KUMP UNIC (1) KUMPULAN NASYID HIJJAZ (1) KUMPULAN NASYID UNIC (2) kursus menulis item (1) LAPORAM POSTMORTEM MATEMATIK TAMBAHAN (1) Laporan Aktiviti Mat Tambahan Daerah Hilir Perak 2012 (1) LAPORAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN (1) LATIHAN MATEMATIK TAMBAHAN (1) LAWATAN (3) LAWATAN AHLI LEMBAGA KOPERASI (1) LAWATAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2016 (1) LAWATAN KE BEIJING (1) LAWATAN KE JABATAN FIZIK (1) LAWATAN KE PERLIS (1) lawatan penanda aras koperasi semesti (1) lawatan penanda aras koperasi semesti dgn SBPI Sabak Bernam (1) LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (1) LPM (2) M40 KPTM (1) M40 KUPTM (1) MAKLUMAT KEMAHIRAN ARAS TINGGI (1) Malaysian Brain Bee Challenge (1) MASMO (1) MAT TAMBAHAN (1) MATEMATIK (1) Matematik Tambahan (7) MATEMATIK TAMBAHAN 2013 (1) MATEMATIK TAMBAHAN 2014 (1) MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH HILIR PERAK 2013 (1) MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTI (1) MBBC USM (1) MELANCONG KE JEPUN (1) MELBOURNE (1) MENTOR DAN MENTEE KAMAR (1) mesyuarat (1) MESYUARAT SKK SEMESTI UPSI (1) MID TERM FORMAT BARU ADDMATHS FORM 4 (1) MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 (1) Minit mesyuarat (2) Minit Mesyuarat Mat Tamb Daerah Hilir Perak Kali Kedua 2014 (1) MINIT MESYUARAT MAT TAMB DAERAH HILIR PERAK KALI PERTAMA 2014 (1) MINIT MESYUARAT MAT TAMBAHAN SEKOLAH KALI KE EMPAT 2014 (1) MONASH UNIVERSITY (1) Muhammad Anuar bin Abd Ghoni (2) MUSIM LURUH (1) NASIHAT (1) OMK (2) online class addmaths (1) online class chapter 4 form 4 addmaths (1) online class matematik tambahan (1) OUTREACH (1) P1 MATEMATIK TAMBAHAN (1) P1 SKEMA SBP 2012 MATEMATIK TAMBAHAN (1) PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH KUALA KANGSAR (1) PDPR ONLINE MURID SEMESTI (1) PDPR ULANGKAJI TINGKATAN 5 (1) PECUTAN SPM JPN PERAK (1) PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (1) pelajar baharu kolej felcra. (1) PELAJAR PRESTASI RENDAH MAT TAMB (1) PELAN STRATEGIK MATEMATIK TAMBAHAN (1) Pemasaran Kolej Felcra Seberang Perak (1) PEMBENTANG KOP RM1JUTA (1) PEMERIKSAAN KAMAR (1) PENCAPAIAN KUIZ (1) pendaftaran kolej felcra (1) PENDAFTARAN MASIH DIBUKA (1) PENGETUA SEMESTI (1) PENILAIAN AWAL MAT TAMB K1 MAC 2016 (1) PENILAIAN AWAL MAT TAMB K1 MAC 2016 SKEMA (1) PENILAIAN AWAL MAT TAMB K2 TING 5 MAC 2016 SKEMA (1) PENILAIAN AWAL MAT TAMB K2 TING 5 MAC 2016 SOALAN (1) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MATEMATIK TAMBAHAN (1) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 4 2011 (1) PEPERIKSAAN ANTARABANGSA (2) PEPERIKSAAN PERCUBAAN (1) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM (1) perancangan (1) PERHIMPUNAN PAGI (1) PERHIMPUNAN PAGI ISNIN DI SEMESTI (1) PERKIM BAGAN DATUK (1) PERKONGSIAN AKTIVITI MATEMATIK TAMBAHAN (1) PERKONGSIAN CEMERLANG MAT TAMBAHAN (1) PERKONSIAN LEBIH CEMERLANG MAT TAMB (1) Permainan Golf SEMESTI (1) PEROLEHAN RM1JUTA (1) Pertandingan Olympiad Sains dan Matematik (1) PETUA DAPAT A ADDMATHS (1) PRO A+ (1) PROGRAM DALAMAN KOLEJ FELCRA (1) PROGRAM GURU MUDA PELAJAR (2) PROGRAM JALINAN KEBITARAN MATEMATIK SEMESTI DGN UPSI 2015 (1) PROGRAM JALINAN MUZIK SEMESTI DGN UPSI 2015 (1) PROGRAM JALINAN SEMESTI - MOZAC (1) PROGRAM JALINAN SEMESTI DGN UPM 2015 (1) PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN SMK NEGERI 10 BANDUNG DENGAN SEMESTI (1) PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN UNI MALAYA (1) PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN UNI MALAYA 2015 (1) PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN UPSI (1) PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN USM SEMESTI (1) PROGRAM JARINGAN SEMESTI DENGAN UTEM (1) PROGRAM JARINGAN SEMESTI DGN MSU SHAH ALAM (1) PROGRAM JARINGAN SEMESTI DGN SM SAINS BUKIT MERTAJAM (1) PROGRAM PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTI (1) PROGRAM PELAJAR ELIT SEMESTI (2) PROJEK KHAS (1) Rancangan Pelajaran (2) Rancangan Pelajaran Harian (1) Rancangan Pelajaran Tahunan Mat Tambahan Ting 4 2016 (1) Rancangan Pelajaran Tahunan Mat Tambahan Ting 5 2016 (1) RENUNGAN (1) RESULT SPM SEMESTI 2021 (1) RESULTS SPM MATEMATIK TAMBAHAN SEMESTI (1) RFP KEBITARAN MATEMATIK SEMESTI 2014 (1) RUMUS-RUMUS SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SPM KSSM (1) RUNNING MATHS MSU (1) SAMBUTAN HARI GURU 2014 (1) SAMBUTAN HARI GURU 2015 (1) SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014 DI SEMESTI (1) SAP PUBLICATIONS (1) SBP P2 2013 (1) SBP2013 (1) SEBELUM SPM 2014 (1) SEKOLAH DAN IPTA (1) Selamat Hari Raya (1) SEMESTI (5) SEMESTI 1986-2011 (1) SEMINAR TEKNIK MENJAWAB DI SMK RAJA MUDA KUALA KANGSAR (1) SEMINAR TEKNIK MENJAWAB DI SMK RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH (1) SEMUA SUBJEK A (1) SENTUHAN TERAKHIR (1) SHOPEE KOPERASI SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN BHD (1) SHOPEE KOPERASI SEMESTI (1) Siti Aisyah binti Abd Ghoni (1) SKEMA (1) SKEMA TRIAL SBP KERTAS 1 2013 (1) SKEMA TRIAL SBP KERTAS 2 2014 (1) SKM PERAK (1) SMK ST ANTHONY 2012 (1) SMK ST ANTHONY MT 2012 P1 P2 (1) SMK SULTAN ABDUL AZIZ (1) SOALAN HOTS (1) SOALAN HOTS MATEMATIK TAMBAHAN (1) SOALAN HOTS MATEMATIK TAMBAHAN LPM (1) SOALAN KBAT (2) SOALAN KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN 2013 (1) SOALAN SBP KERTAS 2 2014 (1) SOALAN TRIAL SBP P1 (1) SPM 2018 KERTAS 2 SECTION C (1) SPM 2019 ADDMATHS PAPER 2 (1) SPM 2019 MATEMATIK TAMBAHAN (1) SPM KERTAS 1 MATEMATIK TAMBAHAN 2013 (1) SPM MODEL TEST MATEMATIK TAMBAHAN (1) SPM2014 (1) SPM2018 KERTAS2 (1) strategik (1) SUMBANGAN MURID KOPERASI (1) SURAT PANGGILAN MESYUARAT (1) TAJUK ADDMATHS FORM 4 DAN FORM 5 KSSM (1) TAJUK MATEMATIK TAMBAHAN KSSM (1) Takwim (1) Takwim Matematik Tambahan Tingkatan 4 2016 (1) Takwim Matematik Tambahan Tingkatan 5 2016 (1) teknik menjawab soalan matematik tambahan (1) TEMPAT YANG DILAWATI DI DAERAH BAGAN DATUK PERAK. SUN FLOWER GARDEN (1) TERAPI MINDA (3) TERAPI MINDA CUTI SEKOLAH (1) TERAPI MINDA DI PANTAI (1) TERAPI MINDA DI TEPI LAUT BAGAN DATUK (1) TERIMA KASIH (1) TING 5 (1) TINGKATAN 4 (2) TINGKATAN 4 SEMESTI (1) Tips A+ Matematik Tambahan (1) TOPIC ADDTIONAL MATHEMATICS KSSM (1) TRIAL ADDMATHS K2 (1) TRIAL MATEMATIK SBP (SKEMA) 2015 (1) TRIAL MATEMATIK SBP P1 SOALAN 2015 (1) TRIAL MATEMATIK SBP P2 (SOALAN) 2015 (1) TRIAL MT SPM K1 2013 SMK SERI MUARA (1) TRIAL SBP MT P1 2015 SKEMA (1) TRIAL SBP MT P1 2015 SOALAN (1) TRIAL SBP MT P2 2015 SKEMA (1) TRIAL SBP MT P2 2015 SOALAN (1) TRIAL SBP P1 2014 SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN (1) TRIAL SBP P2 2013 SKEMA (1) TRIAL SBP P2 2013 SOALAN (1) TRIAL SPM (2) TUGASAN MASA CUTI (2) TUGASAN MASA CUTI ADDMATHS PENILAIAN 1 (1) TUGASAN MASA CUTI MATEMATIK TAMBAHAN PENILAIAN 1 SEMESTI (1) TUGASAN MASA CUTI MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 2015 (1) TUGASAN MASA CUTI MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 SEMPENA CNY 2016 (1) TUGASAN MASA CUTI YOUTUBE (1) ULANGKAJI PDPR SEMESTI (1) UNIVERSITI MALAYA (1) UPSI (1) USAHASAMA UiTM DI KOLEJ FELCRA (1) VAKSIN 2 DOSE (1) WARDEN ASPURI SEMESTI (1) warden asrama (2) WARDEN DEWAN MAKAN SEMESTI (2) YESS 2019 (1) Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) (1) YOUTUBE CIKGU ROHAYA MORAT (1) YOUTUBE MATEMATIK TAMBAHAN (1) youtube rohaya morat (1) ZAKAT KOPERASI (2)