Sebelum kertas Matematik Tambahan SPM bermula pada 19 Nov 2014 yang lalu, saya dengan beberapa orang guru muda subjek matematik tambahan SEMESTI mengendalikan beberapa siri kelas tambahan yang berfokus kepada peperiksaan SPM yang dijalankan selama 3 hari berselang seli disebabkan pada minggu itu juga terdapat peperiksaan subjek Fizik SPM.
Terima kasih saya ucapkan kepada YDP PIBG SEMESTI yang sudi datang menjengguk aktiviti kami. Kepada guru muda terutamanya Mohammad Afiq bin Mohamad Ramli, saya ucapkan terima kasih kerana membantu saya mengendalikan batch ini. Sebagai ganjarannya saya mengajak mereka ini makan di kedai untuk merehat2kan minda.
Diharap semua pelajar batch ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek matematik tambahan SPM 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan