Salam..
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan akan menganjurkan Kem Matematik Tambahan pada 13 hingga 15 Disember 2014. Kem ini dikendalikan oleh Guru Cemerlang Matematik Tambahan dari Negeri Johor. Pengisian Kem ini adalah membuat ulangkaji dari topik 1 hingga topik akhir tajuk-tajuk tingkatan 4. Kepada pelajar form 3 yang nak masuk tingkatan 4 2015, pada saya tidak sesuai mengikuti kem ini kerana dikhuatiri tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran ini walaupun ada sorang dua pelajar sebelum ini yang mampu ikut PdP tersebut. Kepada pelajar dari sekolah harian biasa yang mendapat markah bawah 10% juga tidak sesuai untuk menyertai kem ini kerana kem ini kebiasaannya terdiri dari pelajar Asrama Penuh (SBP), MRSM, SMKA dan sekolah2 asrama penuh bawah negeri.
Untuk pelajar SBP, MRSM atau SMKA yang mendapat markah bawah 10%, dicadangkan anda digalakkan menyertai kerana saya yakin pelajar-pelajar ini sebenarnya pandai tetapi banyak tertinggal pelajaran semasa berada ditingkatan 4 tempoh hari. Diharap semasa kem ini, pelajar-pelajar ini sedar diri dan cuba belajar dan buat yang terbaik, insyaallah..
Disertakan maklumat ringkas mengenai kem tersebut..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan